Peristiwa Ghadir Khum

Pada tahun ke 10 Hijrah, setelah selesai mengerjakan Haji Al-Wada, Rasulullah (s) bersama ratusan ribu sahabat keluar dari Makkah dan berhenti sebentar dalam perjalanan pulang tersebut di sebuah tempat bernama Ghadir Khum. Ini adalah tempat yang lazimnya semua rombongan Haji berpecah ke timur dan barat serta menyatakan selamat tinggal antara satu sama lain.


Di hari tersebut, turunlah wahyu dari Allah (S) kepada Rasulullah (s), firmanNya:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغْ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَٰفِرِينَ

[Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan (bererti) kamu tidak menyampaikan dengan sempurna risalahNya. Dan Allah akan sentiasa memelihara kamu dari gangguan manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk bagi orang-orang yang kafir (menentang).] 


(Quran 5:67)


Para ulama tafsir telah bersepakat mengatakan bahawa ayat di atas diturunkan ketika peristiwa Ghadir Khum, yang mana salah satu dari peristiwa penting perlantikan Imam Ali sebagai khalifah. Peristiwa ini akan saya akan nukilkan nanti. Antara para ulama yang berpendapat sedemikian ialah:

  • Ad Dhurr al Mantsur, Suyuthi
  • Fathul Qadir, Syawkani
  • Tafsir Mafatihul Ghaib, Fakhrur Razi
  • Asbabun Nuzul, Al Wahidi
  • Yanabi al Mawaddah, Qanduzi al Hanafi
  • Al Milal wan Nihal, Syahrastani
  • Faraidus Simthain, Hamwini
  • Tarikh Dimasyq, Ibnu Asakir
  • Syawahidut Tanzil, Huskani

Bilangan perawi-perawinya dari kalangan sahabat melebihi satu ratus sepuluh orang termasuk sahabat-sahabat yang terlibat di dalam peperangan Badr. Bilangan perawi-perawi dari kalangan tabi’in yang meriwayatkannya ialah lapan puluh empat orang. Sementara bilangan ulama dan Muhaddithin di kalangan Ahlul Sunnah yang meriwayatkan hadith al-Ghadir ialah sebanyak tiga ratus enam puluh orang yang berdasarkan kepada buku-buku rujukan Ahlul Sunnah wal-Jama’ah. 

Al-Syaukani di dalam Tafsirnya menyebutkan bahawa Abu al-Syaikh meriwayatkan daripada Al-Hasan bahawa Rasulullah (s) bersabda:

Sesungguhnya Allah telah mengutuskan (kepadaku) satu misi yang mencemaskan, aku mengetahui bahawa sesungguhnya orang ramai akan membohongiku. Maka Dia telah menjanjikan aku supaya aku menyampaikannya atau Dia akan menyiksaku. Maka turunlah ayat al-Tabligh (Surah al-Maidah 5:67: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu… Dia telah menyebutkan apa yang telah disebutkan oleh al-Suyuti bahawa ianya diturunkan di hari al-Ghadir Khum tentang ‘Ali bin Abi Talib (a). Dan mereka membaca ayat tersebut dengan: Inna Aliyyan Maula al-Mukminin (Sesungguhnya ‘Ali adalah wali Mukminin).


(Tafsir Al-Syaukani, Jilid 6, Halaman 194) 


Al-Nisaburi di dalam Tafsirnya (Tafsir al-Nisaburi, Jilid VI, halaman 194) menyatakan bahawa ayat ini telah diturunkan mengenai kelebihan ‘Ali bin Abi Talib (a) di hari al-Ghadir. Dia menyebutkan sebagaimana telah disebutkan oleh Fakhruddin al-Razi satu demi satu.


Al-Alusi di dalam Ruh al-Ma’ani berkata: Ibn ‘Abbas berkata:

[Ayat ini diturunkan kepada ‘Ali (a). Allah (S) memerintahkan Nabi (s) supaya mengisytiharkan kepada orang ramai (para sahabatnya) mengenai wilayah ‘Ali (a). Rasulullah (s) merasa takut bahawa mereka akan berkata bahawa baginda (s) memilih sepupunya. Mereka akan menentang baginda mengenainya. Lantaran itu Allah menurunkan ayat ini, maka beliau melaksanakan wilayahnya (‘Ali) dan berkata: “Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka ‘Ali adalah maulanya….]


Ruh al-Ma’ani, Jilid VI, halaman 172

Dia telah menyebutkannya sebagaimana telah disebutkan oleh al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur hingga ke akhirnya.


Berikut adalah salah satu dari teks Hadis Ghadir dari khutbah panjang Rasulullah (s) pada hari tersebut:

عن أبي الطفيل عن زيد بن أرقم قال:(( لما رجع رسول الله ( ص) من حجة الوداع، ونزل غدير خم، أمر بدوحات فقممن، ثم قال: كأني قد دعيت فأجبت، إني قد تركت فيكم الثقلين، أحدهما أعظم من الآخر،كتاب الله وعترتي أهل بيتي ، فانظروا كيف تخلفوني فيهما ، فإنهما لن يفترقا حتى يردا علي الحوض)). ثم قال : ((الله مولاي، وأنا ولي كل مؤمن)). ثم أخذ بيد علي، فقال: ((من كنت مولاه فهذا وليه، اللهم وال من والاه، وعاد من عاداه)). فقلت لزيد: سمعته من رسول الله ( ص)؟ فقال: ما كان في الدوحات أحد إلا ورآه بعينيه وسمعه بأذنيه.

Imam An-Nasaie (214 – 303H) meriwayatkan di dalam Sunannya bahawa Zaid bin Arqam berkata:

[Tatkala Rasulullah saaw pulang dari Haji Wada’, baginda singgah di Ghadir Khumm. Baginda mengisyarahkan ke pepohonan, lalu sekitarnya dibersihkan dan dirapikan. Kemudian beliau bersabda, “Sepertinya aku telah dipanggil dan aku memenuhinya. Sesungguhnya telah aku tinggalkan di sisi kalian dua pusaka berharga, yang satu lebih besar dari yang lainnya:Kitab Allah dan Itrahku (keturunanku) Ahlulbaitku. Maka perhatikanlah, bagaimana kalian akan memperlakukan kedua-duanya sepeninggalanku. Kerana sesungguhnya kedua-duanya tidak akan pernah berpisah hingga bertemu denganku di Telaga Haudh (di Syurga).” Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah adalah Maulaku dan aku adalah Wali setiap Mukmin.” Lalu baginda mengangkat tangan Ali seraya bersabda, “Barangsiapa yang aku Maulanya maka dia ini Wali baginya. Ya Allah bimbinglah orang yang menjadikan Ali sebagai Wali-nya dan musuhilah orang yang memusuhinya.]


Ibnu Kathir (701-774H), Al-Bidayah wan Nihayah, Tahqiq Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki, Cetakan Hajar, Jilid 7, Halaman 668

Perawi, Abu Thufail berkata:

Lalu aku berkata kepada Zaid, ‘Apakah engkau mendengar sendiri dari Rasulullah saw.?’” Zaid menjawab, “Ya, tiada seorang pun di pepohonan itu melainkan menyaksikan baginda dengan kedua matanya dan mendengar sabda baginda dengan kedua teliganya“.


Ibnu Kathir (701-774H), Al-Bidayah wan Nihayah, Tahqiq Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki, Cetakan Hajar, Jilid 7, Halaman 668


Ibnu Kathir berkomentar: “Berkata guru kami Abu Abdillah Az-Zahabi, ‘Ini adalah hadis sahih'”.


Muhaqqid Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki pada nota kaki hadis ini menulis: “Al-Hakim telah menerbitkan hadis ini di dalam Mustadrak 3/109, dari jalur Habib bin Abi Thabit. Al-Hakim berkata, ‘Hadis ini sahih’. Dan Imam Az-Zahabi mempersetujuinya.”

Hadis dengan sebutan ini terlalu mutawatir sehingga tidak dapat ditolak lagi bahawa Allah (S) telah memerintahkan Nabi Muhammad (s) melantik Ali (a) sebagai khalifah selepas baginda. Sila rujuk link berikut untuk melihat kemutawatiran tersebut:


https://www.al-islam.org/ghadir/context.asp?context=mawla

Selepas nas pengangkatan tersebut, maka turunlah firman Allah (S):


ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah aku sempurnakan untuk kamu nikmat Ku, dan telah Aku redha Islam itu menjadi agama bagi kamu.” (Al-Maidah 5:3)


Nas yang menyatakan ayat ini diturunkan selepas perlantikan Imam Ali sangatlah kuat. Di antaranya ialah yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dan Ibnu Asakir bersumber dari Abu Said Al Khudri yang berkata: Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah(s) pada suatu hari di Ghadir Khum setelah baginda bersabda:


“Sesiapa yang menjadikan aku ini pemimpinnya maka Ali (a) adalah pemimpinnya.”


Diriwayatkan juga oleh Al-Khatib al-Baghdadi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah (s) bersabda:

Bukankah aku ini pemimpin orang-orang mukmin? Orang ramai menjawab : “Benar wahai Rasulullah”. Lantas baginda meneruskan: “Sesiapa yang menjadikan aku ini pemimpinnya maka Ali(as) adalah pemimpinnya.” Lalu berkatalah Umar: “Tahniah wahai anak Abu Thalib. Kamu menjadi pemimpinku dan pemimpin seluruh Muslim.”

Setelah itu, turunlah ayat Al-Ikmal. Untuk petikan di atas sila rujuk:

  • Tarikh Dimashyq
  • Manaqib Ali
  • Tarikh Bagdadi
  • Syawahidul Tanzil
  • Faraidus Simthain

Para ulama tafsir dan hadis yang meriwayatkan bahawa Ayatul Ikmal ini diturunkan selepas turunnya Ayatul Balagh dan perlantikan Imam Ali adalah seperti berikut:

  • Ad Dhurr al Mansur, Tafsir Ibnu Katsir, Ruhul Ma’ani:tafsiran ayat berkenaan.
  • Al Itqan: Suyuthi:1/31
  • Tarikh Dimasyq: Ibnu Asakir asy Syafie
  • Manaqib Ali: Ibnu al Maghazil
  • Tarikh Baghdad: Khatib al Baghdadi
  • al Manaqib: Khawarizmi al Hanafi
  • Tazkiratul Khawas: Sibt Ibnu Jauzi
  • Al Bidayah wal Nihayah: Ibnu Katsir
  • Yanabi al Mawaddah; Qaduzi al Hanafi

Al-Khatib di dalam Tarikh al-Baghdad mengaitkan sanad secara langsung daripada Abu Hurairah:

Manakala Nabi (s) memegang tangan Ali bin Abi Talib (a) beliau bersabda: Tidakkah aku wali bagi Mukminin? Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah (s). Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka ‘Ali adalah maulanya.” Umar bin al-Khattab berkata: “Selamat bahagia untuk anda anak lelaki Abu Talib. Anda menjadi maulaku dan maula setiap Muslim.” Maka Allah pun menurunkan ayat Ikmaludin (Surah al-Mai’dah 5:3): “Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu.”


Al-Samhudi di dalam Fara’id al-Simtin bab kedua belas dengan sanadnya berhubung dengan Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah (s) telah menyeru orang ramai pada hari Ghadir Khum kepada (pimpinan) ‘Ali (a). Nabi (s) meminta ‘Ali (a) berdiri. Peristiwa ini berlaku pada hari Khamis. Beliau (s) mengangkat tangan ‘Ali (a) sehingga orang ramai melihat keputihan ketiak Rasulullah (s). Kemudian mereka tidak meninggalkan tempat itu sehingga turunnya ayat (Surah al-Mai’dah 5:3): “Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu.” Maka Rasulullah (s) bersabda: “Allahu Akbar kerana menyempurnakan agama dan menyempurnakan nikmat serta keridhaan Tuhan dengan risalahku dan wilayah ‘Ali (a) selepasku, kemudian beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka ‘Ali maulanya….”


Respon Sunni Terhadap Hadis Al-Ghadir dan Respon Balas


Umum mengetahui Sunni menolak hadis ini sebagai dalil perlantikan Ali (a) walaupun sudah jelas tanpa perlu penakwilan, bahawa Rasulullah (s) meletakkan satu kepentingan tinggi terhadap peristiwa ini, sehingga baginda menunggu rombongan yang belum sampai dan memanggil semula rombongan yang telah terlepas dari Ghadir Khum agar mereka semua mendengar pengucapan baginda. Kebanyakan mereka yang mengingkari hadis ini membuat takwilan-takwilan agar bisa disesuaikan dengan keyakinan mahzabnya. 


Padahal Imam Ali sendiri mengakui bahawa hadis ini adalah hujjah bagi kepemimpinan beliau. Hal ini terbukti dalam riwayat-riwayat yang shahih dimana Imam Ali ketika menjadi khalifah mengumpulkan orang-orang di tanah lapang dan berbicara meminta kesaksian soal hadis Ghadir Khum.


عن سعيد بن وهب وعن زيد بن يثيع قالا نشد على الناس في الرحبة من سمع رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول يوم غدير خم الا قام قال فقام من قبل سعيد ستة ومن قبل زيد ستة فشهدوا انهم سمعوا رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول لعلي رضي الله عنه يوم غدير خم أليس الله أولى بالمؤمنين قالوا بلى قال اللهم من كنت مولاه فعلي مولاه اللهم وال من والاه وعاد من عاداه

Dari Sa’id bin Wahb dan Zaid bin Yutsai’ keduanya berkata “Ali pernah meminta kesaksian orang-orang di tanah lapang “Siapa yang telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari Ghadir Khum maka berdirilah?. Enam orang dari arah Sa’id pun berdiri dan enam orang lainnya dari arah Za’id juga berdiri. Mereka bersaksi bahwa sesungguhnya mereka pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada Ali di Ghadir Khum “Bukankah Allah lebih berhak terhadap kaum mukminin”. Mereka menjawab “benar”. Beliau bersabda “Ya Allah barangsiapa yang aku menjadi pemimpinnya maka Ali pun menjadi pemimpinnya, dukunglah orang yang mendukung Ali dan musuhilah orang yang memusuhinya”. [Musnad Ahmad 1/118 no 950 dinyatakan shahih oleh Syaikh Ahmad Syakir]


Sebagian orang membuat takwilan batil bahwa kata mawla dalam hadis Ghadir Khum bukan menunjukkan kepemimpinan tetapi menunjukkan persahabatan atau yang dicintai, takwilan ini hanyalah dibuat-buat. Jika memang menunjukkan persahabatan atau yang dicintai maka mengapa ada sahabat Nabi yang merasa ada sesuatu yang mengganjal di hatinya ketika mendengar kata-kata Imam Ali di atas. Adanya keraguan di hati seorang sahabat Nabi menyiratkan bahawa Imam Ali mengakui hadis ini sebagai hujjah kepemimpinan. Maka dari itu sahabat tersebut merasakan sesuatu yang mengganjal di hatinya karena hujjah hadis tersebut membatalkan kepemimpinan ketiga khalifah sebelumnya. Sungguh tidak mungkin ada keraguan di hati sahabat Nabi berkenaan maksud hadis tersebut.


عن أبي الطفيل قال جمع علي رضي الله تعالى عنه الناس في الرحبة ثم قال لهم أنشد الله كل امرئ مسلم سمع رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول يوم غدير خم ما سمع لما قام فقام ثلاثون من الناس وقال أبو نعيم فقام ناس كثير فشهدوا حين أخذه بيده فقال للناس أتعلمون انى أولى بالمؤمنين من أنفسهم قالوا نعم يا رسول الله قال من كنت مولاه فهذا مولاه اللهم وال من والاه وعاد من عاداه قال فخرجت وكأن في نفسي شيئا فلقيت زيد بن أرقم فقلت له انى سمعت عليا رضي الله تعالى عنه يقول كذا وكذا قال فما تنكر قد سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول ذلك له

Dari Abu Thufail yang berkata “Ali mengumpulkan orang-orang di tanah lapang dan berkata “Aku meminta dengan nama Allah agar setiap muslim yang mendengar Rasulullah SAW bersabda di Ghadir khum terhadap apa yang telah didengarnya. Ketika ia berdiri maka berdirilah tiga puluh orang dari mereka. Abu Nu’aim berkata “Kemudian berdirilah banyak orang dan memberi kesaksian yaitu ketika Rasulullah SAW memegang tangannya (Ali) dan bersabda kepada manusia “Bukankah kalian mengetahui bahwa saya lebih berhak atas kaum mu’min lebih dari diri mereka sendiri”. Para sahabat menjawab “benar ya Rasulullah”. Beliau bersabda “barang siapa yang menjadikan Aku sebagai pemimpinnya maka Ali pun adalah pemimpinnya dukunglah orang yang mendukungnya dan musuhilah orang yang memusuhinya. Abu Thufail berkata “ketika itu muncul sesuatu yang mengganjal dalam hatiku maka aku pun menemui Zaid bin Arqam dan berkata kepadanya “sesungguhnya aku mendengar Ali RA berkata begini begitu, Zaid berkata “Apa yang patut diingkari, aku mendengar Rasulullah SAW berkata seperti itu tentangnya”.[Musnad Ahmad 4/370 no 19321 dengan sanad yang shahih seperti yang dikatakan Syaikh Syu’aib Al Arnauth dan Tahdzib Khasa’is An Nasa’i no 88 dishahihkan oleh Syaikh Abu Ishaq Al Huwaini]


Kata mawla dalam hadis ini sama halnya dengan kata wali yang bererti pemimpin, kata wali biasa dipakai oleh sahabat untuk menunjukkan kepemimpinan seperti yang dikatakan Abu Bakar dalam khutbahnya. Inilah salah satu hadis Ghadir Khum dengan lafaz Wali.


عن سعيد بن وهب قال قال علي في الرحبة أنشد بالله من سمع رسول الله يوم غدير خم يقول إن الله ورسوله ولي المؤمنين ومن كنت وليه فهذا وليه اللهم وال من والاه وعاد من عاداه وأنصر من نصره

Dari Sa’id bin Wahb yang berkata “Ali berkata di tanah lapang aku meminta dengan nama Allah siapa yang mendengar Rasulullah SAW pada hari Ghadir Khum berkata “Allah dan RasulNya adalah pemimpin bagi kaum mukminin dan siapa yang menganggap aku sebagai pemimpinnya maka ini (Ali) menjadi pemimpinnya dukunglah orang yang mendukungnya dan musuhilah orang yang memusuhinya dan jayakanlah orang yang menjayakannya. [Tahdzib Khasa’is An Nasa’i no 93 dishahihkan oleh Syaikh Abu Ishaq Al Huwaini].


Dan perhatikan khutbah Abu Bakar ketika ia selesai dibaiat, ia menggunakan kata Wali untuk menunjukkan kepemimpinannya. Inilah khutbah Abu Bakar


قال أما بعد أيها الناس فأني قد وليت عليكم ولست بخيركم فان أحسنت فأعينوني وإن أسأت فقوموني الصدق أمانة والكذب خيانة والضعيف فيكم قوي عندي حتى أرجع عليه حقه إن شاء الله والقوي فيكم ضعيف حتى آخذ الحق منه إن شاء الله لا يدع قوم الجهاد في سبيل الله إلا خذلهم الله بالذل ولا تشيع الفاحشة في قوم إلا عمهم الله بالبلاء أطيعوني ما أطعت الله ورسوله فاذا عصيت الله ورسوله فلا طاعة لي عليكم قوموا الى صلاتكم يرحمكم الله

Ia berkata: “Amma ba’du, wahai manusia sekalian sesungguhnya aku telah dipilih sebagai pimpinan atas kalian dan bukanlah aku yang terbaik diantara kalian maka jika berbuat kebaikan bantulah aku. Jika aku bertindak keliru maka luruskanlah aku, kejujuran adalah amanah dan kedustaan adalah khianat. Orang yang lemah diantara kalian ia kuanggap kuat hingga aku mengembalikan haknya kepadanya jika Allah menghendaki. Sebaliknya yang kuat diantara kalian aku anggap lemah hingga aku mengambil darinya hak milik orang lain yang diambilnya jika Allah mengehendaki. Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah timpakan kehinaan dan tidaklah kekejian tersebar di suatu kaum kecuali azab Allah ditimpakan kepada kaum tersebut. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah dan RasulNya. Tetapi jika aku tidak mentaati Allah dan RasulNya maka tiada kewajiban untuk taat kepadaku. Sekarang berdirilah untuk melaksanakan shalat semoga Allah merahmati kalian. [Sirah Ibnu Hisyam 4/413-414 tahqiq Hammam Sa’id dan Muhammad Abu Suailik, dinukil Ibnu Katsir dalam Al Bidayah 5/269 dan 6/333 dimana beliau menshahihkannya].


Terakhir kami akan menanggapi syubhat paling lemah soal hadis Ghadir Khum iaitu takwilan bahawa hadis ini diucapkan untuk meredakan orang-orang yang merendahkan atau tidak suka kepada Imam Ali berkaitan pembahagian rampasan di Yaman. Silakan perhatikan hadis Ghadir Khum yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada banyak orang, tidak ada di sana disebutkan perihal orang-orang yang merendahkan atau mencaci Imam Ali.

Jika memang hadis Ghadir Khum diucapkan Rasulullah SAW untuk menepis cacian orang-orang terhadap Imam Ali maka Rasulullah SAW pasti akan menjelaskan perkara rampasan di Yaman itu, atau menunjukkan kecaman baginda kepada mereka yang mencaci Ali. Tetapi kenyataannya dalam lafaz hadis Ghadir Khum tidak ada yang seperti itu, yang ada malah Rasulullah meninggalkan wasiat bahwa seolah baginda akan dipanggil ke rahmatullah, wasiat tersebut berkaitan dengan kepemimpinan Imam Ali dan berpegang teguh pada Al-Qur’an dan ithrati Ahlul Bait. Sungguh betapa jauhnya lafaz hadis tersebut dari syubhat para pengingkar.


Hadis yang dijadikan hujjah oleh penyebar syubhat ini adalah hadis Buraidah ketika ia menceritakan soal para sahabat yang merendahkan Imam Ali. Hadis tersebut bukan diucapkan di Ghadir Khum dan tentu saja Rasulullah akan marah kepada sahabat yang menjelekkan Imam Ali kerana Imam Ali adalah pemimpin setiap mukmin (semua sahabat Nabi) sepeninggal Nabi SAW . Di sini Rasulullah mengingatkan Buraidah dan sahabat lain yang berada di Yaman agar berhenti dari sikap mereka kerana Imam Ali adalah pemimpin bagi setiap mukmin setelah Nabi.


عن عبد الله بن بريدة عن أبيه بريدة قال بعث رسول الله صلى الله عليه و سلم بعثين إلى اليمن على أحدهما علي بن أبي طالب وعلى الآخر خالد بن الوليد فقال إذا التقيتم فعلي على الناس وان افترقتما فكل واحد منكما على جنده قال فلقينا بنى زيد من أهل اليمن فاقتتلنا فظهر المسلمون على المشركين فقتلنا المقاتلة وسبينا الذرية فاصطفى علي امرأة من السبي لنفسه قال بريدة فكتب معي خالد بن الوليد إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم يخبره بذلك فلما أتيت النبي صلى الله عليه و سلم دفعت الكتاب فقرئ عليه فرأيت الغضب في وجه رسول الله صلى الله عليه و سلم فقلت يا رسول الله هذا مكان العائذ بعثتني مع رجل وأمرتني ان أطيعه ففعلت ما أرسلت به فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم لا تقع في علي فإنه منى وأنا منه وهو وليكم بعدي وانه منى وأنا منه وهو وليكم بعدي

Dari Abdullah bin Buraidah dari ayahnya Buraidah yang berkata “Rasulullah SAW mengirim dua utusan ke Yaman, salah satunya dipimpin Ali bin Abi Thalib dan yang lainnya dipimpin Khalid bin Walid. Beliau bersabda “Bila kalian bertemu maka yang jadi pemimpin adalah Ali dan bila kalian berpisah maka masing-masing dari kalian memimpin pasukannya. Buraidah berkata “Kami bertemu dengan bani Zaid dari penduduk Yaman kami berperang dan kaum muslimin menang dari kaum musyrikin. Kami membunuh banyak orang dan menawan banyak orang kemudian Ali memilih seorang wanita di antara para tawanan untuk dirinya. Buraidah berkata “Khalid bin Walid mengirim surat kepada Rasulullah memberitahukan hal itu. Ketika aku datang kepada Rasulullah, aku serahkan surat itu, surat itu dibacakan lalu aku melihat wajah Rasulullah yang marah kemudian aku berkata “Wahai Rasulullah, aku meminta perlindungan kepadamu sebab Engkau sendiri yang mengutusku bersama seorang laki-laki dan memerintahkan untuk mentaatinya dan aku hanya melaksanakan tugasku karena diutus. Rasulullah bersabda “Jangan membenci Ali, karena beliau adalah bagian dariku dan aku bagian darinya dan beliau adalah pemimpin kalian sepeninggalku, beliau adalah bagian dariku dan aku bagian darinya dan beliau adalah pemimpin kalian sepeninggalku. [Musnad Ahmad tahqiq Syaikh Ahmad Syakir dan Hamzah Zain hadis no 22908 dan dinyatakan shahih].


Syaikh Al Albani berkata dalam Zhilal Al Jannah Fi Takhrij As Sunnah no 1187 menyatakan bahwa sanad hadis ini jayyid, ia berkata


أخرجه أحمد من طريق أجلح الكندي عن عبد الله بن بريدة عن أبيه بريدة وإسناده جيد رجاله ثقات رجال الشيخين غير أجلح وهو ابن عبد الله بن جحيفة الكندي وهو شيعي صدوق

Dikeluarkan Ahmad dengan jalan Ajlah Al Kindi dari Abdullah bin Buraidah dari ayahnya Buraidah dengan sanad yang jayyid (baik) para perawinya terpercaya, perawi Bukhari dan Muslim kecuali Ajlah dan dia adalah Ibnu Abdullah bin Hujayyah Al Kindi dan dia seorang syiah yang (shaduq) jujur.


Justeru itu hadis Buraidah di atas menjadi penguat bahawa Imam Ali adalah pemimpin bagi setiap mukmin (termasuk sahabat Nabi)  sepeninggal Nabi SAW dan sungguh tidak berguna syubhat dari para pengingkar.

Kesimpulannya, hadis Al-Ghadir memang adalah satu nas yang jelas menunjukkan perlantikan Ali (a) pada hari tersebut, malah ia selari sebagai satu hujah dukungan terhadap hadis wasiat Nabi (s). 


Berlapang dadalah terhadap maknanya yang muhkam, elakkan takwilan dan tafsiran yang dipaksakan.